Sunday, 17 August 2014

Senang atau susah adalah ujian dari Nya

....... ahlan wasahlan dan selamat datang... hurm kata sapaan dengan maksud yang sama jer tu... Assalamualaikum semua....

Ya Allah.... teringin rasanya untuk saya meluahkan rasa mengenai golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Di usia menjadi orang dewasa.. terfikir saya sejenak mengenai nasib golongan OKU di luar sana. Bagaimanakah perjalanan hidup mereka dengan dugaan/ujian sedemikian. Tabahnya kedua ibu bapa dan ahli keluarga terdekat dalam membesarkan mereka dalam pelbagai kepayahan dan dugaan. 


video

   Terkesan hati ini semasa melihat video ini, masih wujudkah insan yang suka menghina dan mengherdik insan OKU sedemikian. Sedangkan setiap insan itu adalah sama tahapnya, yang membezakan mereka hanya keimanan terhadap Allah s.w.t. Seseorang  yang mempunyai hati yang bersih akan sentiasa cuba memenuhi hidup yang tersisa dengan perkara yang diredhai Allah.

video

   Saya amat berharap agar lebih banyak kemudahan-kemudahan akan tercipta untuk kegunaan golongan OKU di masa hadapan. Di sini, ingin saya ucapkan rasa bersyukur dan terima kasih kepada kementerian dan pihak-pihak yang banyak memberi bantuan dan keprihatinan kepada golongan OKU. Moga badan-badan yang ada ini disebar luas untuk pengetahuan umum agar setiap apa yang dirancang benar-benar mencapai tumpuan sasarnya. 
Jabatan Penerangan Malaysia http://pmr.penerangan.gov.my/ , Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat http://www.kpwkm.gov.my/ ,  Jabatan Kebajikan Masyarakat http://www.jkm.gov.my/