Haha.. seperti saya nyatakan dalam post sebelumnya .. ini adalah sambungan cerita daripada novel 'Sinergi' ... sudi-sudi lah membaca di sini.. harap apa yang saya cuba sampaikan ini sama matlamatnya dengan penceritaan dari buku yang sebenar. Namun, jika ada kesilapan nanti mohon maaf ya..
WATAK UTAMA - Irfan Hakimi yang lebih dekenali dengan panggilan Irfan dan Rasyid Zakwan dengan panggilannya Asid..... JOM meneliti kisah-kisah yang dihadapi oleh mereka semua di bumi pembelajaran mereka, Irbid Jordan.
‘Sinergi’
mengisahkan tentang sebuah persahabatan yang berteraskan paksi keimanan.
Kehidupan, pergaulan, dan penyelesaian yang berlandaskan syariat Islam sebagai
panduan.
Dua orang sahabat iaitu Irfan dan
Asid. Hidup mereka berdua saling memenuhi antara satu sama lain. Irfan seorang
yang tegas, agak serius, dan mengamalkan
ajaran Islam dengan utuh dalam kehidupannya. Manakala Asid pula adalah seorang
yang agak sukar untuk serius dan suka bergurau senda. Namun, agak liat untuk
melaksanakan ajaran agama. Tetapi,
imannya mula dibina kembali setelah sering diajak dan diasuh oleh sahabat
karibnya iaitu Irfan. Peniruan melalui
teladan dari seorang sahabat. Irfan
patut diteladani kerana sikapnya yang ‘cakap serupa bikin’. Apa yang dikatakan
atau diutarakan itu, maka perkara tersebut yang akan dilakukannya… bukannya
hanya berkata-kata ke arah kebaikan, malah mengotakan/ melakukan apa yang
dikatakan itu. Begitu baik perilaku Irfan yang digambarkan dalam cerita ini.
Seterusnya, hidup mereka diduga dengan
pelbagai peristiwa pahit maung sebuah kehidupan dan persahabatan. Mereka diuji
oleh Yang Maha Kuasa. Teruji keimanannya. Mampukah mereka menghadapinya… Indahnya hidup bersahabat yang berlandaskan
Allah semata-mata. Dari sebuah persahabatan 2 orang sahabat… kemudiannya
tersebar ukhuwah (jalinan mesra/ berkasih sayang) mereka bersama-sama
sahabat-sahabat yang lain. Mereka yang
mempunyai bahagia dalam dirinya akan mampu memberikan bahagia kepada orang lain
juga (jadi, mampukah seseorang itu memberikan sesuatu yang tiada dalam dirinya
sendiri). Contohnya, seorang yang peramah sudah semestinya akan suka untuk
beramah mesra dengan sesiapapun. Sebaliknya pula tidak akan mampu memberi, jika
sikap peramah tiada dalam dirinya. Mereka semua hidup secara berpersatuan
‘PERMAI’ dan saling mengambil berat antara mereka. Di bumi Jordan ini,
pelajar-pelajar Melayu saling mengambil berat antara satu sama lain kerana
ukhuwah yang terbina atas/berpaksikan keimanan. Satu ungkapan yang menarik
perhatian saya yang dinyatakan dalam buku ini iaitu “Walaupun seorang sahabat
ku jatuh ke neraka, akan ku terjun untuk menyelamatkannya untuk menuju ke
syurga. ”
Mereka menghadapi pelbagai masalah,
setelah didatangi oleh ‘Disaster five’ di bumi Jordan tempat mereka semua
belajar dan bermasyarakat di sana. ‘Disaster five’ adalah 5 sekawan yang tidak
menyukai orang-orang dakwah di PERMAI (sebuah nama persatuan) disebabkan oleh
pengalaman pahit yang telah melanda dalam hidup mereka berlima. Pelbagai cara
diusahakan untuk menjatuhkan Irfan. Mereka percaya Irfan adalah orang kuat yang
dapat menghidupkan dan menyatukan hati-hati pelajar-pelajar PERMAI dan seluruh
organisasi-organisasi lain yang
seangkatan dengannya. Irfan adalah seorang pelajar yatim piatu yang dipelihara
oleh keluarga Asid (keluarga angkat Irfan). Irfan mempunyai keperibadian yang
mudah disukai dan dipercayai ramai. Oleh itu, setiap cerita-cerita buruk yang
diwujudkan timbul maka akan hilang
begitu sahaja setelah meneliti kembali siapakah Irfan? Juga diberikan nasihat
keimanan dan berbincang bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang
wujud. Jadi, berlandaskan keimanan juga mereka semua bersatu. Hati-hati mereka
menyatu dan mempercayai antara satu sama lain.
Namun di sebalik kekecohan yang
dilakukan oleh ‘Disaster five’ adanya seorang ‘secret’ yang menjadikan mereka
berlima sebagai boneka untuk menjayakan misinya. Dia adalah musuh dalam selimut
dalam masyarakat PERMAI itu sendiri (Syafiq). Dia pandai mereka dan membina sebuah
situasi untuk melindungi diri. Kita (manusia) hanya mampu merancang dan Allah
sahaja lah yang akan menentukan segala-galanya. Dengan ketetapan itu, maka
Syafiq menerima tamparannya di atas perbuatan itu. Alhamdulillah, atas dasar
keimanan semua orang masih menerima Syafiq
seadanya…. setelah segala
rancangan jahat nya itu terbongkar. Islam itu indah…. Begitu juga Irfan dan
Asid yang mana menjadi sasaran utama Syafiq dalam rancangan jahat nya turut
menerima dan memaafkan kesilapannya itu. Erman (sahabat sebilik/ roommate
Syafiq dan seorang muallaf) turut
dijadikan sasaran. Segala-galanya atas kekuasaan Yang Maha Kuasa. Erman sebagai
seorang mualaf menjadi lebih yakin
dengan Islam dari semua yang berlaku itu. Erman mula betul-betul memahami iman
dan Islam yang sebenar hanya menyambut
dan menerima Syafiq agar sahabatnya itu tidak akan terjerumus ke jalan
yang salah.
Segala-galanya terbongkar, Irfan
sebenarnya bertunang dengan kakak kembar kepada Sara Nasuha dan bukannya Sara
Nasuha yang mana turut dicintai oleh Asid, rakan karibnya. Semuanya adalah
salah faham…. BERSAMBUNG...
wau ada novel.. hehe..
ReplyDeleteBetul ke Pahlawan Melayu Dulu Kala Menggunakan Keris?