Tuesday 18 June 2013

Bina kerjaya cemerlang


       Alhamdulillah...  apabila kita memikirkan akan kekuasaan Allah Yang Maha Kuasa hati kita akan mulai merasai ketenangannya. Setiap apa yang Allah jadikn ada hikmahnya, dan hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya.. contohnya, lihatlah pada serangga-serangga.. pada satu ketika haiwan-haiwan kecil ini mungkin bagi kita menyusahkan. Mungkin ia akan merosakkan tanaman kita dan sebagainya. Namun kita harus sedar pada sudut yang lain pula ia amat memberikan manfaat kepada kita semua, contohnya pada semut kita lihat sentiasa hidup meliar dan kadang-kadang merosakkan makanan kita. Kelihatan di dalam bekas gula dipenuhi dengan semut, jika ada minuman yang manis maka datanglah semut untuk memakannya atau dijadikan simpanan makanan bagi semut. Itu semua mungkin sedikit sebanyak akan menyusahkan hidup kita, tetapi pada satu saat semut ini akan menjadi amat bermakna pada kita tanpa kita sedari apabila tugas semut ini menguraikan sisa-sisa makanan yang berlebihan seterusnya berlakulah proses-proses yang telah ditetapkan oleh Allah Yang Maha Kuasa. Kitaran sebuah kehidupan yang cukup strategik dan terancang dengan kekuasaan Nya yang tiada tandingan. Subhanallah...


      Baiklah, sekarang kita kembali pada tajuk post yang ingin saya kongsikan. Petikan ini saya perolehi daripada akhbar Harian Metro bertarikh 19 Disember 2011 (Isnin). Diharap perkongsian ini tidak akan menyalahi mana-mana akta percetakan dan elektronik.... bagi saya pengisian yang diberikan ini amat bermakna. ('',)

Berfikir di luar kebiasaan dan jadilah penyelesai masalah apabila didatangi cabaran dalam pekerjaan......
Tentu sukar bagi pelajar memperoleh pengetahuan berbentuk latihan praktikal atau terdedah dengan persekitaran pekerjaan sebenar jika tiada pengalaman. Malah peluang itu cukup berharga dan harus direbut sebelum melangkah ke alam pekerjaan untuk membina kerjaya cemerlang dalam industri.

Monday 17 June 2013

PENGURUSAN MASA

 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

Kelapangan masa yang ada sekarang menggerakkan hati saya untuk berkongsi suatu sisipan akhbar yang saya ketemu pada tahun 2010 yang lalu. Saya simpan petikan ini kerana merasakan pengisiannya yang sangat berharga.

PENGURUSAN MASA .... "Masa tidak akan pernah berhenti.. malah ia akan terus bergerak / berjalan mengikut peredarannya". Masa itu emas, Masa itu nyawa dan lain-lainnya. Begitulah gambaran yang diberikan kepada 'MASA' yang menunjukkan peri pentingnya masa itu sendiri.

4 perkara yang terdapat dalam sisipan akhbar tersebut :

1-  Kenal pasti adakah anda tergolong mereka yang suka menangguh kerja

     Adakah anda suka menangguhkan kerja penting pada saat akhir dan leka membuat kerja tidak penting. Anda sering beranggapan kerja penting itu akan disiapkan kemudian sedangkan tugas itu masih belum dimulakan. Anda teragak-agak hendak melakukan tugasan dengan segera dan menunggu saat akhir untuk menyiapkannya.

Monday 10 June 2013

ENAM PETUA UNTUK BERJAYA

                                    بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum... Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua 6 Petua untuk Berjaya yang saya perolehi daripada petikan akhbar Utusan Malaysia. Petikan ini ditulis oleh Kamaruddin Hassan yang merupakan seorang bekas pengurus di sebuah syarikat GLC.


Apakah sifat-sifat istimewa yang dimiliki oleh orang-orang yang berjaya dan berhemah tinggi? Mengapa mereka terus menempa kejayaan demi kejayaan, sedangkan dalam masa yang sama orang lain terus dilanda masalah?    Jawapannya ialah bagaimana mereka melihat setiap masalah yang dihadapi. Mereka mengendali setiap masalah secara betul dan praktikal. Mereka juga memahami 6 prinsip yang berhubungkait dengan jenis masalah.
Penulis menemui jawapannya dalam buku Tough Times Never Last, But Tough People Do oleh Dr. Robert H. Schuller. Keenam-enam petua berikut dipetik daripada buku tersebut:

1- SETIAP INSAN YANG HIDUP MEMPUNYAI MASALAH 

     Apakah masalah yang anda hadapi sekarang? Adakah ia disebabkan oleh anda tidak mempunyai pekerjaan? Mungkin anda berfikir bahawa setelah mendapat pekerjaan, semua masalah akan lenyap. Umum tahu bahawa mereka yang mempunyai pekerjaan juga mempunyai banyak masalah.

Sunday 10 March 2013

Semangat untuk BerJAYA

“Kalau mereka boleh berjaya, saya pun boleh berjaya”
 
 
Inilah kata-kata yang sering dilafazkan oleh orang yang cemerlang dalam hidupnya. Apabila menghadapi masalah atau jalan buntu, mereka tidak mudah berputus asa kerana berkeyakinan bahawa kalau orang lain boleh buat sesuatu atau berjaya mengapa mereka tidak boleh.
Rujukan mereka ialah orang yang cemerlang yang telah membuktikan kehebatan diri. Tetapi bagi orang yang lemah pula ada tiga kemungkinan. Pertama mereka tidak ada rujukan mana- mana orang yang cemerlang. Keduanya kalau ada pun rujukan orang yang cemerlang, mereka merasakan mereka tidak mampu atau layak untuk berjaya seperti itu. Atau ketiganya rujukan mereka ialah rakan orang lemah sendiri.
Bagi merasionalkan kelemahan atau kemalasan mereka, orang ini akan berkata “kalau si dia tu sudah berusaha pun masih gagal, buat apa kita berusaha bersungguh-sungguh” .
Membangun Kepercayaan diri
Bagi sebahagian kita yang punya masalah rendahnya kepercayaan- diri atau merasa telah kehilangan kepercayaan diri, mungkin Anda boleh menjadikan langkah- langkah berikut ini sebagai proses latihan:

 
1. Menciptakan definisi diri positif.
Steve Chandler mengatakan, “Cara terbaik untuk mengubah sistem keyakinanmu adalah mengubah definisi dirimu.”
Bagaimana menciptakan definisi diri positif. Di antara cara yang boleh kita lakukan adalah:
o Membuat kesimpulan yang positif tentang diri sendiri / membuat pendapat yang positif tentang diri sendiri. Positif di sini ertinya yang boleh mendorong atau yang boleh membangun, bukan yang merosakkan atau yang menghancurkan.
o Belajar melihat bahagian-bahagian positif / kelebihan / kekuatan yang kita miliki
o Membuka dialog dengan diri sendiri tentang hal-hal positif yang boleh kita lakukan, dari mulai yang paling kecil dan dari mulai yang boleh kita lakukan hari ini.
Selain itu, yang perlu dilakukan adalah menghentikan persepsi diri negatif yang muncul, seperti misalnya saya tidak punya kelebihan apa-apa, hidup saya tidak berharga, saya hanya beban masyarakat, dan seterusnya. Setelah kita menghentikan, tugas kita adalah menggantinya dengan yang positif, konstruktif dan motivatif. Ini hanya syarat awal dan tidak cukup untuk membangun kepercayaan diri.
 
2. Memperjuangkan keinginan yang positif
Selanjutnya adalah merumuskan program / agenda perbaikan diri. Ini boleh berbentuk misalnya memiliki target baru yang hendak kita wujudkan atau merumuskan langkah-langkah positif yang hendak kita lakukan. Entah itu besar atau kecil, yang pentingnya harus ada perubahan atau peningkatan ke arah yang lebih positif. Semakin banyak hal-hal positif (target, tujuan atau keinginan) yang sanggup kita wujudkan, semakin kuatlah keinginan kita. Kita perlu ingat bahawa pada akhirnya kita hanya akan menjadi lebih baik dengan cara melakukan sesuatu yang baik buat kita. Titik. Tidak ada yang boleh mengganti prinsip ini.

 
3. Mengatasi masalah secara positif
Semangat juga boleh diperkuatkan dengan cara memberikan bukti kepada diri sendiri bahwa kita ternyata berhasil mengatasi masalah yang menimpa kita. Semakin banyak masalah yang sanggup kita selesaikan, semakin kuatlah motivasi diri. Lama kelamaan kita menjadi orang yang tidak mudah menyerah kalah ketika menghadapi masalah. Kerana itu ada yang mengingatkan, begitu kita sudah terbiasa merasa pasrah atau kalah, ini nanti akan menjadi kebiasaan yang membuat kita seringkali bermasalah.
 
4. Memiliki dasar keputusan yang positif.
Kalau dibaca dari praktis hidup secara keseluruhan, memang tidak ada orang yang selalu yakin atas kemampuannya dalam menghadapi masalah atau dalam mewujudkan keinginan. Orang yang sekelas Mahatma Gandhi saja sempat goyah ketika tiba-tiba realiti berubah secara tak terduga-duga. Tapi, Gandhi punya cara yang boleh kita tiru:
“Ketika saya putus asa maka saya selalu ingat bahwa sepanjang sejarah, jalan yang ditempuh dengan kebenaran dan cinta selalu menang. Ada beberapa kejahatan dan pembunuhan yang sepertinya menang tetapi akhirnya kalah. Fikirkan ucapan saya ini, SELALU”. Ertinya, kepercayaan Gandhi tumbuh lagi setelah mengingat bahwa langkahnya sudah dilandasi oleh prinsip- prinsip yang benar.
 
5. Memiliki model / teladan yang positif
Yang penting lagi adalah menemukan orang lain yang boleh kita contohi dari segi kepercayaan dirinya. Ini memang menuntut kita untuk sering membuka mata melihat orang lain yang lebih bagus dari kita lalu menjadikannya sebagai teladan atau idola. Demikian pentingnya peranan orang lain ini, ada yang mengatakan bahwa kita boleh memperbaiki diri dari dua hal:
a) pengalaman peribadi (life experiencing) dan
b) duplicating (mencontoh dan mempelajari orang lain).
 
(copy & paste..................)
Untuk lebih jelas, layarilah laman ini: