Tuesday 18 June 2013

Bina kerjaya cemerlang


       Alhamdulillah...  apabila kita memikirkan akan kekuasaan Allah Yang Maha Kuasa hati kita akan mulai merasai ketenangannya. Setiap apa yang Allah jadikn ada hikmahnya, dan hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya.. contohnya, lihatlah pada serangga-serangga.. pada satu ketika haiwan-haiwan kecil ini mungkin bagi kita menyusahkan. Mungkin ia akan merosakkan tanaman kita dan sebagainya. Namun kita harus sedar pada sudut yang lain pula ia amat memberikan manfaat kepada kita semua, contohnya pada semut kita lihat sentiasa hidup meliar dan kadang-kadang merosakkan makanan kita. Kelihatan di dalam bekas gula dipenuhi dengan semut, jika ada minuman yang manis maka datanglah semut untuk memakannya atau dijadikan simpanan makanan bagi semut. Itu semua mungkin sedikit sebanyak akan menyusahkan hidup kita, tetapi pada satu saat semut ini akan menjadi amat bermakna pada kita tanpa kita sedari apabila tugas semut ini menguraikan sisa-sisa makanan yang berlebihan seterusnya berlakulah proses-proses yang telah ditetapkan oleh Allah Yang Maha Kuasa. Kitaran sebuah kehidupan yang cukup strategik dan terancang dengan kekuasaan Nya yang tiada tandingan. Subhanallah...


      Baiklah, sekarang kita kembali pada tajuk post yang ingin saya kongsikan. Petikan ini saya perolehi daripada akhbar Harian Metro bertarikh 19 Disember 2011 (Isnin). Diharap perkongsian ini tidak akan menyalahi mana-mana akta percetakan dan elektronik.... bagi saya pengisian yang diberikan ini amat bermakna. ('',)

Berfikir di luar kebiasaan dan jadilah penyelesai masalah apabila didatangi cabaran dalam pekerjaan......
Tentu sukar bagi pelajar memperoleh pengetahuan berbentuk latihan praktikal atau terdedah dengan persekitaran pekerjaan sebenar jika tiada pengalaman. Malah peluang itu cukup berharga dan harus direbut sebelum melangkah ke alam pekerjaan untuk membina kerjaya cemerlang dalam industri.

Monday 17 June 2013

PENGURUSAN MASA

 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

Kelapangan masa yang ada sekarang menggerakkan hati saya untuk berkongsi suatu sisipan akhbar yang saya ketemu pada tahun 2010 yang lalu. Saya simpan petikan ini kerana merasakan pengisiannya yang sangat berharga.

PENGURUSAN MASA .... "Masa tidak akan pernah berhenti.. malah ia akan terus bergerak / berjalan mengikut peredarannya". Masa itu emas, Masa itu nyawa dan lain-lainnya. Begitulah gambaran yang diberikan kepada 'MASA' yang menunjukkan peri pentingnya masa itu sendiri.

4 perkara yang terdapat dalam sisipan akhbar tersebut :

1-  Kenal pasti adakah anda tergolong mereka yang suka menangguh kerja

     Adakah anda suka menangguhkan kerja penting pada saat akhir dan leka membuat kerja tidak penting. Anda sering beranggapan kerja penting itu akan disiapkan kemudian sedangkan tugas itu masih belum dimulakan. Anda teragak-agak hendak melakukan tugasan dengan segera dan menunggu saat akhir untuk menyiapkannya.

Monday 10 June 2013

ENAM PETUA UNTUK BERJAYA

                                    بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum... Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua 6 Petua untuk Berjaya yang saya perolehi daripada petikan akhbar Utusan Malaysia. Petikan ini ditulis oleh Kamaruddin Hassan yang merupakan seorang bekas pengurus di sebuah syarikat GLC.


Apakah sifat-sifat istimewa yang dimiliki oleh orang-orang yang berjaya dan berhemah tinggi? Mengapa mereka terus menempa kejayaan demi kejayaan, sedangkan dalam masa yang sama orang lain terus dilanda masalah?    Jawapannya ialah bagaimana mereka melihat setiap masalah yang dihadapi. Mereka mengendali setiap masalah secara betul dan praktikal. Mereka juga memahami 6 prinsip yang berhubungkait dengan jenis masalah.
Penulis menemui jawapannya dalam buku Tough Times Never Last, But Tough People Do oleh Dr. Robert H. Schuller. Keenam-enam petua berikut dipetik daripada buku tersebut:

1- SETIAP INSAN YANG HIDUP MEMPUNYAI MASALAH 

     Apakah masalah yang anda hadapi sekarang? Adakah ia disebabkan oleh anda tidak mempunyai pekerjaan? Mungkin anda berfikir bahawa setelah mendapat pekerjaan, semua masalah akan lenyap. Umum tahu bahawa mereka yang mempunyai pekerjaan juga mempunyai banyak masalah.